Isnin, 24 Jun 2013

Resipi Puding Caramel


Hye hye uolss!! Jumpa Chef lagi dalam RuruLicious Corner! Kali nie Chef nak sharing satu lagi resepi yg sangat-sangat senang.. Kenapa senang? Rasanya segala bahan-bahan yg diperlukan dah wajib ada kat setiap rumah.. Lihatlah PUDING KARAMEL KUKUS CHEF FakhRuru -->


Hidangan : 10 - 15 bekas

BAHAN-BAHAN
  • 1 Cawan Gula
  • 1/2 Cawan Air - utk karamel
  • 1 Cawan Air - utk adunan puding *tak nak letak pun tak apa, effectnya nanti kurangkan masa kukus yek*
  • 5 Biji Telur
  • 1 Tin Susu Cair
  • Esen Vanilla

PROSEDUR MEMASAK
  • Tuang gula di dalam kuali/periuk & hanguskan ia dgn menggunakan api yg SEDERHANA
  • Bila gula dah bertukar keperang-perangan, baru masukkan 1/2 Cawan Air & kacau laju-laju agar tidak berketul
  • Padamkan api

  • Tuangkan gula hangus tersebut di dalam bekas yg uolss sediakan mcm Chef guna tue
  • Jangan lar tuang semua gula dalam 1 bekas.. Ingat nak buat puding gula hangus ker? (-__-)"
  • Pakai jer 1 sudu besar utk 1 bekas
  • Dah siap, biarkan sejuk dalam suhu bilik & we'olss ke step seterusnya pula

  • Pecahkan 5 biji telur & pukul ala-ala manja jer.. Asalkan telur kuning pecah & sebati
  • Kemudian uolss panaskan 1 Tin Susu Cair dgn api yg sederhana
  • Masukkan 3 Sudu Besar Gula + 1 Cawan Air ke dalam Susu Cair yg dipanaskan tadi
  • Kacau utk melarutkan gula tersebut & padamkan api

  • Baru tuangkan Susu Cair yg dipanaskan bersama Gula tadi ke dalam Telur yg uolss pukul manja-manja tue & kacau bagi sebati
  • Tapiskan adunan tersebut agar tiada sebarang benda asing

  • Barulah tuangkan adunan Susu + Telur + Gula ke dalam bekas gula hangus yg uolss letakkan tadi
  • Ikut sukatan uolss lar berapa banyak uolss nak letak.. Ada Chef kisah! Ahakz! =P
  • Kukus dalam tempoh 20-30 minit
  • Kalau puding uolss masih lagi cair tak pejal-pejal, tambahkan lagi masa kukus sampai lar uolss rasa puas hati sebab weolss masukkan air, so adunan cair, nak tunggu pejal-pejal mmg ambil masa sikit
  • Al-maklumlah, adunan tak letak tepung or what so ever.. Hanya bergantung kepada telur sahaja utk menjadi pekat
  • Dan hasilnya -->
.
.
.
.
.